Anyaman

Mari kita pelajari mengenai alatan, teknik dan kelarai pembuatan anyaman...!

Alatan yang digunakan 
1. Parang - untuk menetak pangkal daun
2. Pisau - Membuang empulur dan duri
3. Pelurut - dibuat daripada buluh untuk melembutkan daun
4. Tempayan -  untuk merendam daun
5. Bekas besar - untuk mencuci
6. Periuk - untuk merebus
7. Dapur - diguna dalam proses mewarna
8. Jangka - untuk membelah daun menjadi helaian yang dikehendaki
9. Penyisip - untuk menyisip lebihan helaian daun supaya tidak terburai

Antara peralatan mengayam



Teknik dan Proses Anyaman
1. Lagang - tulang sesuatu ciptaan anyaman
2. Pepah/ Lepih - anyaman mati pada tepi tikar di akhir proses anyaman
3. Sisip - untuk mengelakkan anyaman terburai, alat penyisip buluh digunakan
4. Kerat - pisau tajam untuk mengerat lebihan/ baki anyaman



Kelarai
  • Kelarai ialah corak atau motif pada sesuatu anyaman. 
  • Dua atau lebih warna yang kontra digunakan untuk menampakkan kesan.
  • Antara jenis-jenis kelarai
  1. kelarai berasaskan flora
  2. kelarai berasaskan fauna
  3. kelarai berasaskan rupa geometri
  4. kelarai berasaskan abstrak
  5. kelarai berasaskan tempat dan pencipta








Comments