Pengenalan
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Anyaman juga adalah kraf tradisional warisan hasil tinggalan yang perlu diwarisi oleh generasi kini.
Definisi
Anyaman ialah proses menjalin atau menjaring bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah seperti helaian buluh, rotan, lidi, bertam, mengkuang, pandan dan sebagainya.
Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Secara keseluruhannya, seni anyaman tidak banyak perbezaannya namun bergantung kepada bahan tumbuhan yang digunakan.
Mengayam merupkan salah satu aktiviti kraftangan yang telah diamalkan oleh masyarakat sejak dahul lagi dan kebanyakannya menjurus kepada barangan seperti tikar, tudung saji, bakul rotan, nyiru bubu, kelarai dan kampit.
Comments
Post a Comment